3 Pemain Berisiko Terlepas Tiket Ke Piala Asia Saat Akhir
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Tatkala persiapan Malaysia ke Piala Asia berbaki kurang sebulan sahaja lagi, beberapa pemain memberi kegusaran kepada kem negara susulan kecederaan yang dialami pada saat akhir.

Aksi final Piala Malaysia 2023 antara pasukan JDT dan Terengganu FC menjadi detik yang merisaukan selepas keadaan padang yang teruk menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan.

Kecederaan pertama berlaku kepada pertahanan kiri JDT, La’Vere Corbin-Ong yang cedera memasuki dua minit permainan pada separuh masa kedua.

Advertisements

Pada aksi berdepan BG Pathum United, ketua jurulatih JDT, Tano Solari memaklumkan bahawa tiga pemain mengalami kecederaan iaitu Corbin-Ong, Shane Lowry dan juga perancang tengah berbakat, Hong Wan.

Solari juga mengakui tidak mahu mengambil risiko dan memilih untuk tidak lagi menurunkan tiga pemain ini bagi aksi terakhir musim ini.

Advertisements

Keadaan sama juga berlaku kepada pemain Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul yang disahkan mengalami kecederaan ACL.

Pemain berusia 19 tahun itu memaklumkan bahawa beliau akan berehat selama 6 minggu sekaligus memberi kesan kepada peluangnya untuk dibawa ke Piala Asia tahun hadapan.

Advertisements

Corbin merupakan pemain utama buat Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sementara pemain seperti Hong Wan, Ubaidullah dan Alif Zakaria pernah dipanggil sama ada ke dalam senarai ke kem latihan atau dalam senarai bersedia.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pasti mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi sebarang risiko sebelum berlepas ke Qatar Januari ini.

Advertisements

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dengan misi untuk sekurang-kurangnya melangkah ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij Asia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram