Ads
3 Pemain Harimau Malaya Bawa Haluan Ke Luar Negara
Harimau Malaya
AFC

3 tonggak Harimau Malaya kini membawa haluan ke luar negara iaitu Liga Thailand dan Vietnam.

Advertisements

Perkembangan memberangsangkan ini bakal memberi kelebihan buat skuad negara pada masa hadapan.

Advertisements

Baru-baru ini, kelibat penyerang muda JDT, Fergus Tierney beraksi buat kelab Thai League 2, Chonburi FC mencuri perhatian peminat.

Advertisements
Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan beraksi di sana sebagai pemain pinjaman selama satu musim.

Langkah ini disusuli oleh perancang tengah naturalisasi negara, Endrick Dos Santos.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu telah mengesahkan bakal menyertai kelab Liga Vietnam, Ho Chi Minh City.

Beliau yang menyertai JDT pada musim lalu bakal merancakkan lagi saingan Liga Vietnam musim 2024/25.

Penghijrahan dua pemain JDT ini menyaksikan beberapa pemain negara sudah pun mula mengatur langkah ke luar seperti Dion Cools di Buriram United.

Advertisements

Sebelum ini, pertahanan tengah negara, Junior Eldstal juga telah mendapat pengalaman beraksi di Liga Thailand dan Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram