Keputusan cemerlang Malaysia berdepan Syria dan China menyaksikan prestasi baik di bawah kendalian Kim Pan-gon berjaya diteruskan.
Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia iaitu China.
Sebelum itu, skuad kebangsaan berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas.
Ketika ini, Malaysia memperoleh keseluruhan mata sebanyak 1094.90 (136 dunia) manakala Filipina 1095.02 (135 dunia) dengan perbezaan 0.12 mata.
Namun begitu, tumpuan terarah kepada 3 pemain yang menerima penilaian tertinggi menerusi laman Sofa Score.
1. Dion Cools (Pemain Terbaik Perlawanan)
Kapten Malaysia ini sentiasa beraksi cemerlang untuk mengemudi benteng pertahahan negara.
Pemain berusia 26 tahun ini dinilai tertinggi dalam aksi berdepan China iaitu 7.6 selain merekodkan 73.3 peratus ketepatan hantaran sepanjang 90 minit.
Beliau juga tiga pintasan, tiga halangan percubaan, tiga pengeluaran bola untuk menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi.
2. Faisal Halim
Penjaring gol tunggal negara ini beraksi cukup cemerlang pada aksi tersebut.
Beliau membentuk gandingan yang cukup baik bersama Darren Lok dan Akhyar Rashid di bahagian serangan.
Faisal merekodkan 7.4 penilaian dengan melakukan 4 kali gelecekan, 4 hantaran bola jauh, memenangi 7 kali perebutan bola dan sekali perebutan bola di udara.
Bintang Selangor ini juga 64 peratus hantaran tepat dan dua percubaan sepanjang 90 minit beraksi.
3. Syihan Hazmi
Penjaga gawang utama negara ini sekali lagi menjadi wira untuk memastikan gawang negara dikawal rapi.
Pemain berusia 27 tahun ini tidak menghampakan selepas mencatat 7.1 penilaian berdepan pasukan 80 terbaik dunia itu.
Syihan melakukan tiga penyelamatan termasuklah dua penyelamatan penting dalam kotak penalti.
Beliau juga melakukan 15 kali hantaran jauh dengan ketepatan hantaran sebanyak 66 peratus.