Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia ‘Tekan’ Filipina, Hampiri Kedudukan 120 Terbaik Dunia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China.

Malaysia yang merekodkan 1091.57 mata dengan keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh tambahan mata menjadi 1092.47 mata.

Kini, berdasarkan kiraan masa nyata, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1094. 90 selepas berjaya mengikat China dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia itu.

Kiraan mata terkini itu menyaksikan Harimau Malaya kini menghampiri kedudukan Filipina yang berada di tangga ke-135 dunia dengan 1095.02 mata.

Advertisements

Filipina kehilangan -0.64 mata selepas seri berdepan Taiwan semalam dan membuka ruang buat Malaysia memintas sekiranya tewas kepada Afghanistan.

Mata terkini Malaysia ialah 1094.90 (136 dunia) manakala Filipina 1095.02 (135 dunia) dengan perbezaan 0.12 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram