Malaysia ‘Rantai’ Pasukan Ke-80 Dunia,  China
Harimau Malaya
Advertisements

Malaysia melakar satu lagi detik bersejarah apabila mempamerkan aksi yang cukup bertenaga untuk mengikat China.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia dengan cukup baik dengan memberikan tekanan awal.

Kelibat barisan pilihan utama pengendali kelahiran Korea Selatan itu memberikan kejutan awal kepada Naga Emas apabila meledak menerusi Darren Lok namun dibatalkan kerana ofsaid.

Advertisements

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila larian deras Akhyar Rashid berjaya mencari Faisal Halim yang melepaskan satu rembatan kencang menewaskan penjaga gol China pada minit ke-11.

Malaysia terus mengatur gerak untuk mencari gol kedua dan hampir membuahkan hasil menerusi tandukan Dion Cools namun sedikit tersasar.

Advertisements

China memperoleh gol penyamaan menerusi gol rembatan kencang Li Liang Ming pada minit ke-36.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, usaha gigih terus dipamerkan oleh Harimau Malaya dan hampir memperoleh gol sekali lagi menerusi Faisal Halim namun percubaannya tersasar.

Anak didik Aleksandar Jankovic juga kerap melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tidak tepat ke sasaran.

Advertisements

Ketangkasan penjaga gol negara, Syihan Hazmi untuk menafikan setiap peluang lawan telah memberikan kelegaan buat Malaysia.

Tambahan masa 9 minit tidak mengubah keputusan perlawanan apabila kekal terikat 1-1.

Kemenangan ini memastikan Malaysia memperoleh tambahan +1.93 mata FIFA selepas berjaya mendapatkan +1.4 mata berdepan Syria tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram