Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Lonjak Tiga Tangga, Kejar Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia China FIFA Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Lonjak Tiga Tangga, Kejar Kelompok 120 Terbaik Dunia
Azri/MakanBola
Nik Faris @nikfalovic
11:35am 09/09/2023

Malaysia kini dalam kedudukan terbaik untuk mengejar kelompok 120 terbaik dunia semakin menyala sekiranya menewaskan China.

Harimau Malaya berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas.

Keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh mata tambahan mata menjadi 1092.47.

Fokus kini terarah kepada pertembungan menentang pasukan ke-74 dunia, China yang membuka peluang buat Malaysia meraih +6.93 mata sekiranya menang untuk mengumpul 1098.51 mata secara keseluruhan.

Sekiranya seri, Malaysia memperoleh +1.93 untuk terus memperbaiki kedudukan Harimau Malaya yang berpeluang naik hingga ke tangga 133 dunia.

Kedudukan ini juga dipengaruhi oleh Latvia yang akan bertemu Wales dan sekiranya tewas, mereka akan kehilangan -4.27 mata untuk membuka laluan kepada Malaysia memintas.

Malaysia dijadualkan menentang China pada 9 September 2023 jam 7:35 malam di Stadium Chengdong bagi aksi terakhir sebelum pulang ke tanah air.

Kim Pan-gon juga sudah pasti mahu memadam rekod buruk anak buahnya dalam 5 aksi terakhir berdepan negara Tembok Besar sebelum ini.