Advertising
Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia
MakanBola
Azri/MakanBola

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2.

Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol.

Ad

Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas.

Ad

Mata semasa Malaysia kini adalah 1091.57 dan keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh mata tambahan mata menjadi 1092.47.

Ketika ini, Malaysia masih berada di tangga ke-136 dunia di belakang Filipina yang mengumpul 1095.66 mata.

Ad

Kedudukan ini juga dipengaruhi oleh Filipinayang bakal berdepan Taiwan dan Afghanistan. Sekiranya tewas kedua-dua perlawanan, mereka akan kehilangan -10.08 mata dan mengumpul mata baharu sebanyak 1085.58.

Ad

Sementara itu, Antigua dan Barbuda yang kini di atas Malaysia bakal berhadapan Guyana pada 10 September dan sekiranya mereka gagal memperoleh keputusan positif, Malaysia berpeluang naik ke tangga ke-132 dunia berbanding sekarang (136).

Ad

Fokus kini terarah kepada pertembungan menentang pasukan ke-74 dunia, China yang membuka peluang buat Malaysia meraih +6.94 mata sekiranya menang untuk mengumpul 1098.51 mata secara keseluruhan.

Malaysia dijadualkan menentang China pada 9 September 2023 jam 7:35 malam di Stadium Chengdong bagi aksi terakhir sebelum pulang ke tanah air.