Ranking Malaysia: Malaysia Berpeluang Pintas Filipina Selepas 12 Tahun
Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang memintas kedudukan Filipina yang kini berada di ranking ke-136 dunia buat kali pertama selepas ditinggalkan negara berkenaan sejak 2011.

Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan konsistensi kedudukan ranking FIFA dan ditinggalkan jauh oleh Filipina, Vietnam dan Thailand.

Mata semasa Malaysia kini adalah 1082.13 dan jika berjaya mencatatkan keputusan positif ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guines, Malaysia mampu memperoleh mata maksimum sebanyak 9.5 mata sekaligus memperoleh mata baharu sebanyak 1091.63.

Advertisements

Seandainya Filipina yang dijadualkan bertemu Nepal dan Taiwan tewas pada kedua-dua perlawanan, mereka akan kehilangan -11.99 mata dan mengumpul mata baharu sebanyak 1085.68.

Sementara itu, Turkmenistan yang kini berada di kedudukan 137 dunia bakal berhadapan Uzbekistan dan Oman pada 14 & 17 Jun dan sekiranya mereka gagal memperoleh keputusan positif, Malaysia berpeluang naik ke tangga ke-136 dunia berbanding sekarang (138).

Malaysia dijadulkan bertemu Kepulauan Solomon malam ini (14 Jun 2023) dan Papua New Guinea pada 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram