3 Pemain Ternama Eropah ‘Tak Layan’ Harimau Malaya
MakanBola
Changsuek
Sponsors

3 pemain Eropah dipastikan tidak memiliki susur galur untuk mewakili Harimau Malaya.

Pasukan negara dikejutkan dengan pendedahan oleh tonggak Newcastle United, Isaac Hayden yang menafikan segala perkaitannya dengan Harimau Malaya.

Ad

“Malaysia adalah sebuah tempat yang menakjubkan tetapi saya tidak mempunyai sebarang warisan di sana. Jadi saya tidak boleh bermain untuk negara tersebut,” jelas Hayden.

Ad

Hayden yang pernah menyarung jersi skuad muda England berharap agar khabar angin ini dapat dihentikan dan tidak perlu disebutkan lagi di masa hadapan.

“Jadi, sila berhenti menandai atau menyebut saya dalam hantaran berkaitan perkara ini. Terima kasih,” tambah Hayden di ruangan komen.

Ad

Situasi sama dialami selepas kapten Burnley FC, Josh Brownhill turut mengesahkan bahawa beliau tidak memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Ad

“Sekadar ingin menangani situasi beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang mungkin difikirkan oleh sesetengah orang.

Ad

“Saya tidak pasti bagaimana semua ini bermula tetapi saya mahu menjelaskannya. Tetapi terima kasih atas sokongan tidak kira,” katanya di Instagram Story miliknya.

Pemain muda Belanda, Iggy Houben menjadi watak terbaru selepas sebuah akaun yang didakwa ibunya telah menafikan sebarang pertalian darah dengan Malaysia.

”Malaysia? Nenek kami 100 peratus berasal dari Limburg, (Belanda),” tulis Marielle Houben di laman Facebook.

Hanya Wan Kuzain sahaja pemain yang dipastikan boleh memperkuat Harimau Malaya menerusi pengesahan Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin.