Advertising
Keluarga Iggy Houben Nafi Ada Kaitan Dengan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
PSV

Sebuah akaun dipercayai ibu kepada Iggy Houben menafikan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Sebelum ini, laman pencari bakat, Frfuturetalent melaporkan Iggy Houben yang kini beraksi buat PSV U-21 mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ad

“Iggy Houben merupakan pemain keturunan Malaysia. Neneknya dilahirkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ad

“Iggy Houben juga telah menyatakan telah merasa hidangan makanan Malaysia dan Iggy terbuka untuk mewakili Malaysia jika ada peluang,” kongsi Frfuturetalents di laman X.

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran oleh sebuah akaun yang dipercayai ibu kepada Iggy Houben, Marielle Houben telah menafikan nenek mereka berasal dari Malaysia.

Ad

”Malaysia? Nenek kami 100 peratus berasal dari Limburg, (Belanda),” tulis Marielle Houben di laman Facebook.

Ad

Terdahulu, dua bintang bola sepak yang kini beraksi di England, Josh Brownhill dan Isaac Hayden turut menafikan mempunyai sebarang keturunan yang berasal dari Malaysia.

Ad