Eropah

Richard Chin Tambah Koleksi Gol Di Scotland

Graham Richard Ross County FC Richard Chin Tambah Koleksi Gol Di Scotland
Ross County FC
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Richard Chin terus memperaga aksi terbaiknya di bumi Scotland.

Graduan akademi Charlton Athletic itu membantu kelabnya, Ross County membelasah Peterhead 4-1 dalam aksi terbaru Scottish League One.

Selepas mendahului 1-0 menerusi kapten, Brian Graham pada babak pertama, The Staggies menambah koleksi gol selepas rehat separuh masa.

Chris Hamilton menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-59. Mitch Megginson mengurangkan defisit gol buat pelawat 16 minit selepas itu.

Ross County memastikan kemenangan milik mereka menerusi gol Richard dan penalti Kieran Phillips. Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Ross County terus menerajui carta liga dengan 38 mata, lima mata di hadapan pencabar terdekat, Hamilton Academical.

Ini gol kelapan Richard bersama The Staggies dalam semua kejohanan sejak menyertai kelab itu pada musim panas lalu. Beliau juga merekodkan empat bantuan gol dalam 24 penampilan.

Gol ini dijangka menyuntik semangat Richard sebelum menyertai kem Harimau Malaya untuk dua aksi antarabangsa di China pada November ini.