Advertising
Iggy Houben Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya
MakanBola
PSV / FA Malaysia

Pemain muda PSV Eindhoven, Iggy Houben telah menyatakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika mendapat peluang tersebut.

Iggy yang baru berusia 19 tahun merupakan pemain yang mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ad

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, Fr Future Talents dalam satu hantaran di laman X.

Ad

“Iggy Houben merupakan pemain keturunan Malaysia. Neneknya dilahirkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Iggy Houben juga telah menyatakan telah merasa hidangan makanan Malaysia dan Iggy terbuka untuk mewakili Malaysia jika ada peluang,” kongsi Fr Future Talents di laman X.

Ad

Iggy yang mengidolakan Lionel Messi adalah pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi menyerang seperti sayap kiri, sayap kanan dan penyerang tengah.

Ad

Ini bukanlah kali pertama pemain dari Belanda menyatakan kesediaan untuk mewakili Malaysia kerana sebelum ini beberapa pemain turut menyatakan kesediaan mereka seperti Ferdy Druijf.

Ad

Namun begitu, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan selepas cubaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menghubunginya menemui jalan buntu.