Ferdy Druijf Diam Membisu
Harimau Malaya
Ferdy Druijf/FA Malaysia
Advertisements

Peledak kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf tidak memberi respon ketika cuba dihubungi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola di Wisma FAM.

Beliau berpendapat bahawa FAM bakal memiliki garis panduan ketat bagi melakukan pemilihan pemain warisan.

Advertisements

Sebelum ini, Hamidin telah memaklumkan kepada MakanBola bahawa terdapat kriteria penting susulan penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf yang dikaitkan menyarung jersi Harimau Malaya.

“Pemain warisan ini terlalu banyak, saya tak ingat namanya. Namun begitu, salah seorang exco FAM iaitu Christopher Raj ada berhubung dengan keluarga mereka namun tiada jawapan kalau itu pemain yang dimaksudkan (Ferdy Drijif).

Advertisements

“Sebahagian peminat okay dengan pemain warisan tetapi sebahagian daripada peminat tidak. Kalau kita mahu mengambil pemain warisan, pastikan ada kualiti kalau tak, tak payahlah,” katanya ketika ditemui MakanBola di Le Meridien Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu bahawa terdapat usaha untuk menghubungi Ferdy Druijf namun keluarga pemain itu tidak memberi maklum balas kepada wakil FAM.

Advertisements

“Sama juga macam pemain terbaru itu (Ferdy Druijf). Exco FAM, Christopher Raj cuba menghubungi beliau tetapi tiada sebarang jawapan,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Malaysia bakal mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada bulan Jun 2026.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram