Ferdy Druijf Perkuat Malaysia? Ini Jawapan Rasmi Hamidin
Harimau Malaya
Ferdy Druijf/FA Malaysia
Advertisements

Spekulasi mengenai penyerang Eridivisie, Ferdy Druijf yang dikaitkan bakal memperkuat Malaysia akhirnya terjawab.

Berita mengenai lambakan pemain yang dikaitkan berdarah Malaysia mula berlegar dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Hal ini susulan persembahan kurang memberangsangkan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon terutamanya apabila tewas kepada Oman dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Menerusi sesi temu bual MakanBola bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, beliau memberitahu bahawa usaha untuk mendekati pemain warisan Malaysia di luar negara sudah pun dijalankan.

“Pemain warisan ini terlalu banyak, saya tak ingat namanya. Namun begitu, salah seorang exco FAM iaitu Christopher Raj ada berhubung dengan keluarga mereka namun tiada jawapan kalau itu pemain yang dimaksudkan (Ferdy Drijif).

Advertisements

“Sebahagian peminat okay dengan pemain warisan tetapi sebahagian daripada peminat tidak.

Hamidin juga menegaskan bahawa pemain yang mahu diambil juga perlu memiliki kualiti yang baik untuk membantu meningkatkan persembahan Harimau Malaya

Advertisements

“Kalau kita mahu mengambil pemain warisan, pastikan ada kualiti kalau tak, tak payahlah,” katanya ketika ditemui di Le Meridien Kuala Lumpur.

Malaysia bakal mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei, Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram