FAM Cuba Dekati Ferdy Druijf
Harimau Malaya
Pec Zwolle
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini difahamkan dalam usaha untuk mendekati pemain kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf.

Perkara ini menjadi buah mulut netizen selepas satu hantaran yang dibuat oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain berusia 26 tahun itu menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Beliau juga ketika ini dalam usaha untuk menyediakan dokumen yang diperlukan bagi membolehkannya untuk beraksi bersama Malaysia.

Advertisements

“Keinginan saya untuk bermain buat Malaysia ada, tetapi buat masa ini saya sedang menyediakan dokumen yang membuktikan nenek saya dilahirkan di Malaysia,” kongsi Ferdy seperti yang dinyatakan laman Frfuturetalents di laman X.

Perkembangan terbaru dikongsikan menyaksikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj kepada laman tersebut, beliau memberitahu bahawa ada usaha yang sedang dilakukan oleh FAM untuk melihat butiran beberapa pemain.

Beliau juga memaklumkan bahawa sudah pun menghubungi Ferdy untuk mendapatkan sedikit maklumat sambil mahu bekerjasama dengan laman Frfuturetalents untuk mengenal pasti lebih ramai bakat kacukan yang berkelana di luar negara.

Advertisements

Terbaru, seorang lagi bakat kacukan Malaysia dikesan beraksi bersama jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United iaitu Ethan Wheatley yang dikatakan memiliki darah Selangor.

Pemain berusia 18 tahun itu juga sudah diberikan peluang untuk berlatih bersama skuad senior setelah beraksi cemerlang dalam kejohanan B-18 di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram