Ferdy Druijf Ingin Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
PEC Zwolle
Advertisements

Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf menyuarakan hasrat ingin menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Hasrat Ferdy itu telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan terkemuka Malaysia, Frfuturetalents di laman X menerusi satu tangkap layar perbualan dipercayai dari laman Instagram.

Penyerang berketinggian 1.90 meter itu dikatakan sedang dalam proses menyediakan dokumen-dokumen untuk membuktikan bahawa neneknya dilahirkan di Malaysia.

Advertisements

“Keinginan saya untuk bermain buat Malaysia ada, tetapi buat masa ini saya sedang menyediakan dokumen yang membuktikan nenek saya dilahirkan di Malaysia,” kongsi Ferdy seperti yang didedahkan Frfuturetalents di laman X.

Jika ianya menjadi kenyataan, kehadiran Ferdy ke Harimau Malaya akan sedikit sebanyak membantu ketumpulan penyudah yang membelenggu skuad kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Untuk rekod, Ferdy merupakan pemain kelab Austria, Rapid Vienna yang dipinjamkan ke kelab Belanda, PEC Zwolle. Bersama PEC Zwolle musim ini, Ferdy sudah meledak lima jaringan dan dua assist dalam 15 perlawanan.

Advertisements

Ferdy kini terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi buat kelabnya kerana kecederaan yang dialami. Melalui laman Transfermarkt, Ferdy dijangka akan kembali beraksi bermula 30 Jun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram