Pemain Kacukan Berdarah Selangor Tembusi Skuad Utama Man United
Harimau Malaya
Manchester United
Advertisements

Seorang pemain kacukan Malaysia berdarah Selangor kini sudah pun menjalani latihan bersama skuad utama Man United.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah bintang muda Manchester United, Ethan Wheatley yang kini mula menjalani latihan bersama skuad utama The Red Devils.

Kemas kini maklumat daripada laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian Ketua Jurulatih, Erik Ten Hag.

Advertisements

Pemain kelahiran Stockport, England itu merupakan watak penting buat skuad B-18 Man United apabila meledak 5 jaringan dalam 6 perlawanan di U18 Premier League 23/24.

Beliau memaklumkan bahawa dirinya memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang merupakan warga Selangor.

Artikel lain: Ferdy Druijf Mahu Beraksi Buat Malaysia

Advertisements

“Benar, nenek saya dilahirkan dan datang dari Selangor. Akan tetapi, beliau berpindah ke UK ketika usia muda. Semasa saya kecil, keluarga kami sering bercuti di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada laman Frfuturetalents.

Setakat ini, beliau masih belum diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Man United ketika rakannya, Willy Kambwala berada di bangku simpanan ketika menentang Brentford tempoh hari.

Beliau merupakan pemain versatil dan boleh beraksi pada posisi menyerang namun peranan asalnya adalah selaku penyerang tengah.

Advertisements

Antara kejayaan terbesarnya adalah ketika membantu skuad B-18 Man United mara ke final U18 Premier League Cup dan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 5-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram