Harimau Malaya

Dominasi 60% Kuching City & Terengganu Bersama Harimau Malaya

Ariff Farhan Haziq Nadzli Dominasi 60% Kuching City & Terengganu Bersama Harimau Malaya
Malaysia NT
Advertisements

Pemain Kuching City FC dan Terengganu FC mendominasi senarai 23 pemain Harimau Malaya apabila kedua-dua kelab muncul sebagai penyumbang terbesar dengan masing-masing menghantar tujuh pemain.

Secara keseluruhan, Kuching City dan Terengganu menyumbangkan 14 pemain bersamaan 60.86 peratus daripada keseluruhan senarai. Bagi Kuching City, tujuh pemain yang terpilih ialah Haziq Nadzli, Haziq Aiman Esa, Rodney Celvin Akwensivie, Ariff Farhan Md Isa, Ryan Lambert, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah Usman.

Sementara itu, Terengganu turut mempunyai tujuh pemain yang dipanggil iaitu Suhaimi Husin, Safwan Mazlan, Azam Azmi Murad, Ubaidullah Shamsul Fazili, Haziq Kutty Abba, G. Pavithran dan Romel Morales.

Di belakang dua kelab tersebut, Kuala Lumpur City FC menjadi penyumbang ketiga terbesar dengan dua pemain iaitu Paulo Josue dan Syafiq Ahmad, bersamaan 8.70 peratus. Manakala Selangor FC, Star City FC, Sabah FC, Cerezo Osaka FC, Ratchaburi FC, Ross County FC dan PAC Omonia 29M masing-masing mempunyai seorang wakil dengan peratusan 4.35 peratus. Antara nama yang berada dalam senarai ialah Quentin Cheng, Endrick Dos Santos, Dominic Tan, Dion Cools, Daniel Ting, Richard Chin dan Fergus Tierney.

Selepas aksi menentang China, skuad negara akan meneruskan tugasan dengan bertemu Yaman pada 17 November 2026, jam 2.00 petang waktu Malaysia di venue yang sama. Yaman kini berada di kedudukan ke-144 dunia, iaitu 11 anak tangga di belakang Malaysia.

Walaupun Harimau Malaya mempunyai kelebihan dari segi ranking, perlawanan tersebut tetap memerlukan persiapan rapi dan tumpuan penuh daripada setiap pemain bagi memastikan skuad negara mampu memperoleh keputusan positif.

Dua perlawanan ini pastinya menjadi peluang terbaik untuk barisan kejurulatihan menilai kemampuan pemain, menguji kombinasi baharu serta memperkukuhkan persefahaman dalam pasukan.

Tanpa kehadiran beberapa pemain ternama seperti Bergson, Faisal Halim, Arif Aiman, Manuel Hidalgo dan Syihan Hazmi, peluang kini terbuka buat pemain lain untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Situasi ini menjadi kesempatan terbaik buat barisan pemain yang dipanggil untuk menunjukkan bahawa mereka juga mampu memikul tanggungjawab menyarung jersi keramat Harimau Malaya.