Harimau Malaya

Ubaidullah Shamsul Positif, Yakin Harimau Malaya Pada Prestasi Terbaik

Ubaidullah Malaysia NT 2 Ubaidullah Shamsul Positif, Yakin Harimau Malaya Pada Prestasi Terbaik
Malaysia NT
Advertisements

‘Orang besi’ Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili yakin pasukan itu mampu meraih keputusan positif dalam dua aksi antarabangsa di China.

Keyakinan pemain pertahanan Terengganu FC itu berdasarkan prestasi semasa Malaysia di terutama dalam saingan FIFA ASEAN Cup.

Meskipun hanya meraih tempat ketiga, Malaysia bukan saja kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan. Malah, pasukan itu juga masih belum dibolosi dalam tempoh sama.

Justeru, Ubaidullah yakin prestasi semasa mampu menjadi pendorong buat Harimau Malaya untuk tampil lebih cemerlang di China.

“Sudah tentu, persembahan di FIFA ASEAN Cup ini merupakan motivasi untuk kita terus maju ke hadapan,” katanya.

Ubaidullah turut menyifatkan dua aksi di China cukup penting buat skuad negara. Ini kerana beliau melihat aksi-aksi ini bukan saja membantu Malaysia meraih mata penting ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Malah, ini juga peluang buat pemain-pemain Malaysia terutama pendatang baharu menikmati pengalaman beraksi di luar negara.

“Bagi saya, sebagai pemain, saya percaya kami sebagai satu pasukan cuba untuk mendapatkan mata untuk Malaysia.

“Kita tahu dua perlawanan ini sangat penting untuk (persiapan) kita hadapi kelayakan Piala Dunia. Paling penting adalah pengalaman dan persembahan di luar negara,” tambahnya.

Malaysia akan turun menentang China pada 14 November. Ini disusuli aksi menentang Yaman pada 17 November.