Harimau Malaya

Malaysia Panggil 5 Pengganti Ke China Saat Akhir

Dominic Malaysia NT Malaysia Panggil 5 Pengganti Ke China Saat Akhir
Malaysia NT
Advertisements

Skuad Harimau Malaya menyaksikan 5 pemain baharu dipanggil bagi mengisi kekosongan selepas enam pemain Selangor FC tidak dapat menyertai kem latihan pusat Malaysia menjelang dua aksi antarabangsa Tier 1 di China.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan rasmi pada Isnin selepas menerima surat daripada pihak Selangor FC berhubung situasi pemain terbabit.

Enam pemain yang terpaksa diketepikan ialah Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, A. Selvan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Menurut FAM, kesemua pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas beraksi dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC pada Ahad.

Susulan perkembangan tersebut, Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan memanggil lima pemain daripada Senarai Bersedia bagi melengkapkan semula skuad negara.

Lima pemain yang menerima panggilan saat akhir itu ialah Suhaimi Husin dan Safwan Mazlan dari Terengganu FC, Dominic Tan (Sabah FC), Ariff Farhan Md Isa (Kuching City FC) serta Syafiq Ahmad (Kuala Lumpur City FC).

Perubahan tersebut menyaksikan skuad negara mempunyai beberapa muka baharu untuk mengharungi tugasan antarabangsa selepas Tan Cheng Hoe terpaksa melakukan penyesuaian terhadap senarai asal 24 pemain yang diumumkan sebelum ini.

Harimau Malaya dijadualkan berdepan China pada 14 November sebelum menutup siri perlawanan di Guangdong dengan menentang Yemen pada 17 November ini.

Kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China.