Harimau Malaya

“Peluang Pemain Baharu Buktikan Kemampuan” – Safawi Rasid

Safawi Malaysia NT 4 “Peluang Pemain Baharu Buktikan Kemampuan” - Safawi Rasid
Malaysia National Team
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid melihat kehadiran pemain-pemain baharu dalam kem Harimau Malaya sebagai peluang membuktikan keupayaan mereka.

Kem kali ini menyaksikan tiada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC. Pemain JDT tiada dalam panggilan disebabkan jadual padat pasukan itu termasuk saingan Shopee Cup.

Enam pemain Selangor tidak dapat menyertai kem pada saat akhir kerana masalah kecederaan.

Ini membuka peluang kepada jurulatih interim kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil ramai pemain baharu untuk dua aksi antarabangsa menentang China dan Yaman.

Safawi percaya pemain-pemain baharu ini bukan saja menawarkan pilihan tambahan buat Cheng Hoe. Malah, beliau juga percaya ini peluang buat mereka membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa.

“Jadi, sekarang ini peluang untuk pemain-pemain yang dipanggil sekarang ini (untuk buktikan kemampuan di peringkat antarabangsa).

“Macam saya cakap tadi, pemain yang dipanggil ialah pemain yang berkualiti dan boleh memberi saingan untuk aksi persahabatan seterusnya,” katanya.

Antara pemain baharu atau yang kembali dalam perancangan Cheng Hoe ialah Ariff Farhan Md Isa, Haziq Kutty Abba, Safwan Mazlan, Richard Chin, Dominic Tan dan Romel Morales.