Bekas pemain tengah Indonesia Bawah 17 Tahun (B-17), Noha Pohan Simangunsong memilih mewakili Finland di pentas antarabangsa.
Portal Informasi.com melaporkan pertukaran itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi kemas kini terbaru sistem pertukaran persatuan pada 30 September lalu.
Sebelum ini, Noha pernah membarisi skuad Indonesia yang beraksi dalam saingan Piala Asia B-17 2026 di Qatar. Selain Indonesia, dia juga pernah mewakili skuad Finland B-15 pada 2025.
Pengumuman ini menyaksikan Noha memiliki hak penuh untuk mewakili negara Scandinavia itu dari pasukan pelbagai umur hingga skuad senior.
Meskipun begitu, pertukaran persatuan bola sepak hanya boleh dilakukan sekali seumur hidup buat mana-mana pemain mengikut peraturan FIFA.
Justeru, pengumuman ini menutup terus peluang pemain remaja NAC Breda itu untuk mewakili Indonesia di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Perkembangan ini dijangka tidak merencatkan usaha Indonesia untuk terus memperkuatkan skuad kebangsaan mereka dengan pemain-pemain warisan.
Malah, jurulatih Tim Garuda, John Herdman mendedahkan beberapa pemain baharu bakal menyertai skuad senior Indonesia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.