Jurulatih Qatar Jaga-jaga Hadapi Indonesia
MakanBola
Qatar FA

Pengendali Qatar, Julen Lopetegui mengakui pasukannya perlu berjaga-jaga dengan semua pasukan dalam Kumpulan F Piala Asia 2027 termasuk Indonesia.

Cabutan undi kumpulan Piala Asia pada Mei lalu menyaksikan Qatar dan Indonesia berada dalam kumpulan sama. Mereka disertai satu lagi jaguh Asia, Jepun dan jaguh ASEAN, Thailand.

Selepas mengetahui cabaran yang bakal dihadapi Qatar, Lopetegui melabel semua lawan dalam Kumpulan F cukup berkualiti.

Pada masa sama, beliau menganggap cabaran dalam kumpulan itu seimbang dan sengit. Justeru, Lopetegui melihat anak buahnya perlu bekerja keras jika mahu mempertahankan gelaran juara yang diraih pada edisi 2023.

“Kami optimistik tetapi kami memahami kualiti lawan kami dan kami akan beraksi dalam kumpulan yang sangat sukar.

“Jepun merupakan pasukan pilihan utama manakala Indonesia dan Thailand juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Ia bakal menjadi kumpulan yang sengit dan seimbang; kita banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya seperti dilaporkan Gulf Times.

Sejak cabutan itu dibuat, Qatar terlepas peluang bergelar juara Gulf Cup apabila tersingkir di peringkat separuh akhir. Indonesia pula muncul juara FIFA ASEAN Cup dengan menewaskan Thailand di peringkat akhir.

Indonesia juga dilaporkan bakal mendapat beberapa pemain baharu bagi menghadapi cabaran Piala Asia nanti.