Kehangatan Piala Asia 2027 di Arab Saudi kini makin dirasai setelah keputusan undian peringkat kumpulan kini diketahui.
Sebanyak 24 buah negara terbaik di benua ini akan hadir ke Arab Saudi pada Januari tahun hadapan dengan misi utama bagi melakar kejayaan dan menjulang trofi selaku juara Asia.
Pada awalnya, kesemua pasukan bertanding diundi ke dalam 6 kumpulan, dengan setiap satu dibarisi 4 negara yang bakal bersaing ke pusingan kalah mati sebagai juara dan naib juara kumpulan.
Sementara, 4 daripada 6 negara yang berada di kedudukan ketiga setiap kumpulan pula turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan di yang bakal bermain di pusingan kalah mati nanti.
4 wakil terbaik ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura akan menggalas cabaran serta harapan besar dari para penyokong di rantau ini bagi melangkah sejauh mungkin pada edisi kali ini.
Berikut keputusan penuh undian peringkat kumpulan Piala Asia 2027.
Kumpulan A: Arab Saudi (tuan rumah), Kuwait, Oman, Palestin.
Kumpulan B: Uzbekistan, Bahrain, Korea Utara, Jordan.
Kumpulan C: Iran, Syria, Kyrgyzstan, China.
Kumpulan D: Australia, Tajikistan, Iraq, Singapura.
Kumpulan E: Korea Selatan, UAE, Vietnam, Yemen atau Lubnan.
Kumpulan F: Jepun, Qatar, Thailand, Indonesia.
Piala Asia 2027 bakal berlangsung bermula 7 Januari hingga 5 Februari di Arab Saudi dengan 8 buah stadium hebat di 3 buah bandar dipilih untuk menjadi hos bagi kesemua aksi ini nanti.