Piala Asia 2027: Indonesia & Thailand Bersama Dalam Kumpulan Maut
MakanBola
Timnas Indonesia/Changsuek

Undian Piala Asia 2027 menyaksikan Indonesia dan Thailand diundi berada di dalam satu kumpulan yang sama bersama-sama jaguh benua.

Sesi undian peringkat kumpulan Piala Asia 2027 berlangsung pada awal pagi Ahad, melibatkan sebanyak 24 buah negara yang melangkah ke pusingan akhir di Arab Saudi pada tahun hadapan.

Daripada 24 buah negara tersebut, 4 wakil dari ASEAN bakal membawa nama rantau ini ke kejohanan tertinggi benua Asia iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam serta Singapura yang layak secara merit buat kali pertama.

Keputusan akhir undian menyaksikan Indonesia dan Thailand diundi dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan F bersama juara bertahan, Qatar selain Jepun yang memiliki rekod hebat di benua ini.

Vietnam dijadualkan berdepan cabaran hebat daripada Korea Selatan, Emeriah Arab Bersatu (UAE) di kumpulan E selain pemenang antara Yemen atau Lubnan yang masih belum lagi diputuskan.

Satu lagi wakil Asia Tenggara iaitu Singapura pula berada di dalam kumpulan D bersama-sama Australia, Tajikistan serta Iraq dengan misi untuk mencipta kejutan ke atas 3 pasukan gergasi ini.

Tuan rumah, Arab Saudi pula akan berdepan cabaran negara serantau seperti Kuwait, Palestin dan Oman sekali gus bakal menjadi pilihan ramai untuk melepasi peringkat kumpulan A ini.

Piala Asia 2027 baka berlangsung bermula 7 Januari hingga 5 Februari di Arab Saudi dengan 8 buah stadium hebat di 3 buah bandar dipilih untuk menjadi hos bagi kesemua aksi ini nanti