Malaysia dijangka berada dalam Balang 3 menjelang cabutan undi pusingan kelayakan Piala Dunia 2030.
ASEAN Football melaporkan cabutan undi pada 15 Disember ini bakal menentukan dua pusingan awal kelayakan kejohanan berprestij itu.
Pasukan-pasukan ASEAN termasuk Malaysia dijangka kekal berada dalam balang masing-masing menjelang cabutan undi. Dua kuasa utama ASEAN, Thailand dan Vietnam berada dalam Balang 2.
Selain Malaysia, Indonesia dan Filipina turut berada dalam Balang 3. Satu slot dalam Balang 3 diperuntukkan untuk pemenang aksi pusingan pertama kelayakan.
Balang 4 pula menyaksikan baki sembilan pemenang aksi pusingan pertama kelayakan berada di situ. 10 pemenang pusingan pertama akan bersaing dengan 26 pasukan lain dalam sembilan kumpulan untuk merebut slot ke pusingan ketiga.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan saja layak ke pusingan seterusnya. Footy Rankings memaklumkan keputusan dalam dua pusingan kelayakan ini juga menentukan status pasukan dalam peringkat AFC Nations League.
Pasukan yang tewas dalam pusingan pertama akan berada di peringkat 3. Pasukan-pasukan yang berada dalam kelompok dua terbawah setiap kumpulan pusingan kedua kelayakan akan berada di peringkat 2.
Pasukan dua teratas setiap kumpulan pula akan layak berada di peringkat 1. Ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya digunakan untuk menentukan kedudukan pasukan.