Harimau Malaya

Richard Chin Catat Statsitik Memukau Lawan China

Richard China Malaysia Malaysia NT 2 Richard Chin Catat Statsitik Memukau Lawan China
Malaysia NT

Pemain sayap Harimau Malaya, Richard Chin menunjukkan prestasi memukau meskipun skuad negara tewas 2-0 kepada China.

Advertisement

Selepas membuat penampilan pertama ketika menentang Palestin pada September 2025, Richard akhirnya berjaya menambah penampilan kedua bersama Malaysia.

Pemain sayap Ross County itu masuk sebagai pemain gantian pada awal separuh masa kedua menggantikan pemain pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili.

Sebaik babak kedua bermula, Richard sentiasa mencemaskan benteng China menerusi larian pantas dari bahagian sayap kanan. Hal ini turut disokong dengan statistik Sofascore.

Selain berjaya membuat satu gelecekan, Richard juga hampir merobek gawang China pada minit akhir perlawanan. Malangnya, percubaan beliau dinafikan Li Hao sebelum pantas menyekat cubaan susulan Paulo Josue.

Richard juga turut membantu Malaysia ketika bertahan. Ini terbukti apabila beliau berjaya mendapatkan semula penguasaan bola sebanyak empat kali daripada lima percubaan.

Prestasi baik Richard dijangka memberi peluang kepada beliau merebut kesebelasan utama untuk aksi persahabatan seterusnya menentang Yemen pada 17 November ini.