Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Congak Taktik Terbaik, Isi Pengganti Fergus Tierney

Tan Cheng Hoe Malaysia NT 1 1 Tan Cheng Hoe Congak Taktik Terbaik, Isi Pengganti Fergus Tierney
Malaysia NT

Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah ada perancangan untuk mengisi posisi peledak utama pasukan itu menjelang aksi menentang Yemen.

Advertisement

Isu ini timbul selepas penyerang PAC Omonia 29M, Fergus Tierney perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Ini susulan beliau mengutip dua kad kuning dalam aksi menentang China baru-baru ini.

Apabila ditanya tentang perkara berkenaan, Cheng Hoe memaklumkan beliau ada tiga alternatif bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tierney.

“Memang Fergus dapat kad kuning bersama dengan China dan beliau akan terlepas peluang beraksi dengan menentang Yemen nanti.

“Kita ada dua atau tiga pilihan untuk menggantikan Fergus seperti kita ada Romain Morales, kita ada Paulo Josue dan kita juga ada Syafiq Ahmad untuk menghantarkan posisi tersebut.

“Tetapi kami masih ada satu atau dua hari lagi untuk persiapan pasukan dan juga barisan jurulatih ingin pilih mana satu yang pilihan terbaik untuk menggantikan Fergus Tierney,” katanya.

Cheng Hoe turut memaklumkan barisan kejurulatihan pasukan itu turut memantau tahap kecergasan ‘orang besi’ Sabah FC, Dominic Tan.

Dominic hanya sempat beraksi selama lebih sejam ketika menentang China sebelum digantikan oleh bek tengah Terengganu FC, Safwan Mazlan.

Cheng Hoe memaklumkan tahap kecergasan pemain pertahanan itu akan terus dipantau. Beliau juga sudah memiliki perancangan jika Dominic tidak cergas untuk aksi menentang Yemen.