Harimau Malaya

Tonggak Muda Malaysia Tekad Robek Guam

Malaysia B 16 Malaysia NT 1 Tonggak Muda Malaysia Tekad Robek Guam
Malaysia NT

Tonggak skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Syaifullah Mahruzi bertekad membantu pasukan itu melakar kemenangan ke atas Guam.

Advertisement

Keazaman itu dizahirkan Syaifullah selepas membantu Malaysia menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-17 2027.

Syaifullah melihat kemenangan cukup penting untuk terus menghidupkan impian Malaysia untuk layak ke Piala Asia B-17 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

“Pasukan akan membuat persiapan yang baik untuk melawan Guam,” katanya kepada Nadi Arena selepas perlawanan.

Kita jangka kita akan dapat banyak gol dan dapat bawa pasukan Malaysia ke depan.

Syaifullah turut menyifatkan golnya ketika menentang Singapura bukan saja untuk dirinya tetapi juga demi pasukan dan Malaysia.

“Alhamdulillah, kita berjaya dapatkan tiga mata. Jaringan itu bukan untuk saya sahaja tetapi untuk satu pasukan,” tambahnya.

Anak buah Shukor Adan akan turun menentang Guam pada 17 November ini.