3 pemain menjadi tumpuan aksi antara Selangor vs Terengganu malam ini.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner membawa kelebihan ke gelanggang lawan hasil kemenangan 3-2 di Gong Badak.
Selangor pula turun dengan motivasi terbaik apabila memiliki rekod kebal di Stadium MBPJ apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan di sana.
Tiga pemain menjadi tumpuan bagi pertemuan epik ini iaitu dua tonggak Terengganu FC, Safawi Rasid dan Shahrul Nizam.
Safawi menjadi watak penting skuad Peteh apabila sudah meledak 5 jaringan pada musim ini.
Pemain berusia 27 tahun itu cemerlang meledak sepakan percuma ketika bertemu Gergasi Merah pada aksi separuh akhir pertama tempoh hari.
Seorang lagi tonggak penting ialah pertahanan tengah Shahrul Nizam Roshasni.
Beliau beraksi cemerlang pada musim ini terutamanya menentang Selangor sekaligus menyaksikan aksi dominan oleh pertahanan tuan rumah.
Pemain Selangor yang amat menyerlah pada musim ini ialah Alvin Fortes.
Tonggak lincah itu sudah meledak 6 jaringan daripada 10 penampilan termasuklah ketika mengikat Sri Pahang dengan keputusan 1-1.
Aksi Selangor dan Terengganu akan berlangsung pada 3 Ogos 2024 jam 8:15 malam.
Kedah Darul Aman atau JDT bakal menjadi lawan salah satu pasukan sekiranya berjaya melangkah ke pentas akhir Piala FA 2024.