Terengganu Nafi Berita Tomislav Steinbruckner Meninggal Dunia
Piala FA
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Kelab Liga Super, Terengganu FC menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai pemergian Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

Baru-baru ini, satu berita telah tersebar mengenai khabar angin mengenai pengendali kelahiran Croatia itu yang dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan.

Advertisements

Terdapat gambar dan hantaran yang dimuat naik di laman sosial ini sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi, beliau telah menafikan khabar tersebut sambil menyifatkan berita itu disebarkan atas tujuan tidak baik.

Advertisements

Zul Fadli dalam satu kenyataan kepada Berita RTM memaklumkan bahawa jurulatih berpengalaman itu kekal bekerja keras melatih Terengganu FC semalam.

Beliau menzahirkan rasa kecewa terhadap penularan berita palsu yang melibatkan keluarga besar Terengganu FC sambil mengingatkan penyokong agar tidak mudah mempercayai berita di media sosial.

Advertisements

Persiapan skuad Peteh kini terarah kepada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah pada 6 Julai 2024 jam 7:15 malam.

Sebelum ini, Terengganu ditimpa ujian selepas beberapa pemain dan kakitangan disahkan positif Covid-19 namun masih melakar kemenangan besar 4-0 ke atas The Rhinos.

Advertisements

News Comments Account