3 pengumuman penting menghangatkan saingan Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya bakal mengharungi aksi Pestabola Merdeka buat tahun kedua berturut-turut selepas muncul naib juara edisi lalu.
Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA pada 2 hingga 10 September 2024 dengan venue perlawanan masih kekal Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-Gon kini berkedudukan ranking ke-135 dunia akan menghadapi tiga pasukan lain pada pertandingan edisi kali ini iaitu juara bertahan, Tajikistan yang kini berada di ranking ke-102 dunia, Lebanon (117) dan Filipina (147).
Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.
Pada Edisi Ke-42 tahun lalu, Harimau Malaya yang berjaya menewaskan India 4-2 pada aksi separuh akhir 13 Oktober 2023 sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.
Majlis undian Pestabola Merdeka 2024 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan yang bakal bertembung pada Separuh Akhir.
Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun, iaitu kali terakhir diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008.
FAM meletakkan harapan kepada para penyokong Harimau Malaya agar sama-sama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43.