Pestabola Merdeka: Tajikistan dijangka tempang ke Malaysia bagi aksi penting September ini.
Pasukan Asia Tengah itu telah menjulang Pestabola Merdeka 2023 apabila menundukkan tuan rumah, Harimau Malaya dengan keputusan 2-0.
Pasukan ke-102 dunia itu juga mengharungi kempen yang amat memberangsangkan di Qatar bagi aksi Piala Asia 2023 apabila mara ke suku akhir.
Mereka bagaimanapun dikecewakan dengan finalis Piala Asia, Jordan apabila tunduk tipis dengan keputusan 1-0.
Hasrat untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tertangguh apabila sekadar berada di tangga ketiga peringkat kumpulan.
Prestasi terumbang-ambing Tajikistan ini didorong oleh pemergian ketua jurulatih, Petar Segrt yang mengumumkan pemergian mengejut.
Pengendali kelahiran Croatia itu telah membimbing pasukan sejak tahun 2022 dan melakar 11 kemenangan, seri 7 kali dan tewas sebanyak 6 perlawanan.
Tajikistan telah menjulang dua piala di peringkat antarabangsa iaitu pada tahun 2022 ketika dinobatkan selaku Juara Piala Raja Thailand selepas menewaskan skuad Harimau Malaya dalam aksi final yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand.
Juara Pestabola Merdeka 2023 turut menjadi milik Tajikistan apabila magis jurulatih dari Crotia ini berjaya menggagalkan Malaysia sekali lagi di pentas akhir di Bukit Jalil.
Pestabola Merdeka 2024 akan berlangsung dari 2 hingga 10 September ini dalam tempoh kalendar antarabangsa FIFA.