Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Sergt secara sah meninggalkan pasukan kebangsaan Tajikistan.
Selepas berbakti bersama pasukan itu sejak tahun 2022, beliau memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama Tajikistan.
Sejak Tajikistan dikemudi jurulatih asal Crotia ini, pasukan Tajikistan berjaya merekodkan banyak pencapaian dan melonjakkan kedudukan ranking FIFA. Setakat 24 perlawanan dibawah bimbingannya, Tajikistan cemerlang melakar 11 kemenangan, seri tujuh kali dan tewas sebanyak enam perlawanan.
Petar Segrt juga mencipta sejarah apabila berjaya membawa Tajikistan mara hingga ke peringkat suku akhir dalam kempen Piala Asia 2023 di Doha baru-baru ini. Kejayaan itu telah memberikan banyak tambahan mata FIFA iaitu sebanyak 13.61 mata buat Tajikistan sekaligus meletakkan mereka kini berada di kedudukan ke-99 dunia.
Juga di bawah pimpinan Segrt, Tajikistan telah menjulang dua piala di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2022, Tajikistan dinobatkan selaku Juara Piala Raja Thailand selepas menewaskan skuad Harimau Malaya di aksi final yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand. Juara Pesta Bola Merdeka turut menjadi milik Tajikistan apabila magis jurulatih dari Crotia ini berjaya menggagalkan Malaysia sekali lagi di pentas akhir di Bukit Jalil.
Bagaimanapun, nama ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Tajikistan akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang. Dalam kenyataan tersebut, Persekutuan Bolasepak Tajikistan mengucapkan terima kasih kepada Peter Segrt atas kerjasama selama dua tahun dan mendoakan kejayaannya dalam apa jua perjalanannya selapas ini.