Advertisements
Ranking Tajikistan Naik Menggunung
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup

Selepas menumbangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023, Tajikistan menerima satu lonjakan menggunung dalam ranking FIFA.

Tajikistan menerima tambahan mata sebanyak 13.61 mata sekali gus meletakkan mereka kini berada di kedudukan ke-99 dunia.

Sebelum menumbangkan UAE di pusingan 16 terakhir, Tajikistan turut menerima tambahan mata yang banyak ketika menewaskan Lubnan dengan keputusan 2-1 bagi saingan peringkat kumpulan.

Secara keseluruhan, Tajikistan sudah mendaki tujuh anak tangga ranking FIFA semasa mengharungi cabaran di Piala Asia 2023.

Kejayaan Tajikistan di bawah kendalian Petar Segrt sememangnya menjadi perhatian ramai walaupun memulakan kempen Piala Asia pada kedudukan ranking ke-106 dunia.

Tajikistan akan meneruskan kempen Piala Asia dengan bakal berdepan saingan getir Jordan di peringkat separuh akhir.

Terdahulu Jordan mempamerkan kebangkitan dramatik ketika menumbangkan Iraq dengan keputusan 3-2 di pusingan 16 terakhir kejohanan.

Jika Tajikistan berjaya meneruskan momentum kemenangan ini, tidak mustahil tambahan mata yang banyak akan diterima memandangkan Jordan berada di kedudukan yang lebih tinggi dari mereka iaitu di kedudukan ke-81 dunia.