Hasrat Iraq untuk membuat meraih kemenangan terbantut apabila tewas kepada Jordan dengan keputusan 3-2.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Khalifa menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Jordan lebih banyak mengatur gerak.
Aksi 30 minit pertama dikawal oleh anak didik Husein Ammouta yang melakukan serangan balas pantas dengan percubaan Mousa Al-Tamari hampir-hampir meletakkan pasukan di hadapan.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kesilapan hantaran oleh pertahanan Iraq dihukum oleh Yazan Al-Naimat yang memintas bola tersebut.
Beliau tidak berdepan masalah untuk memerangkap Jalal Hassan sebelum menewaskan penjaga gol berpengalaman itu pada minit ke-45.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, Iraq menggandakan usaha dan hampir mengikat kedudukan menerusi tandukan Ibrahim Bayesh.
Gol penyamaan hadir menerusi tandukan cantik pertahanan Iraq, Saad Natiq untuk menewaskan Yazeed Abulaila dari sepakan sudut.
Iraq memberi tekanan kepada Jordan selepas penjaring berbisa pasukan, Aymen Hussein meletakkan jaguh Asia itu di hadapan pada minit ke-76 sebelum dilayangkan kad merah.
Tambahan masa 6 minit mengubah keputusan perlawanan apabila dua gol daripada Jordan menerusi Yazan Al-Arab dan Nizar Mahmoud menghantar Jordan ke suku akhir.
Pasukan yang dibarisi oleh pemain bintang Asia, Mousa Al-Tamari sebelum ini muncul selaku pasukan ke-3 terbaik Kumpulan E selepas menamatkan saingan dengan 4 mata daripada 3 perlawanan.