Advertising
3 Perkara Penyokong Perlu Tahu Tentang Aksi Malaysia & Kyrgyzstan
MakanBola
Azri/MakanBola

3 perkara yang bakal menjadi tumpuan penyokong menjelang aksi sepak mula antara Malaysia dan Kyrgyzstan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam misi tersendiri untuk melakar kemenangan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Beraksi di laman lawan, Harimau Malaya berpeluang merekodkan kemenangan kedua berdepan wakil Asia Tengah itu tatkala menundukkan lawan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil.

Ad

Terdapat beberapa perkara penting yang berpeluang dicipta oleh Malaysia sekiranya berjaya mengatasi Kyrgyzstan di Bishkek antaranya;

Malaysia berpeluang cerah untuk mencipta sejarah dan mara ke pusingan ketiga kelayakan sekaligus berada dalam kelompok 18 pasukan terbaik.

Ad

Hal ini membolehkan peluang Malaysia untuk beraksi secara merit di Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Ad

Bukan itu sahaja, kemenangan juga membolehkan Kim Pan-gon untuk melebarkan rekod hebatnya bersama Malaysia dan meraih kemenangan ke-20 sejak membimbing skuad kebangsaan.

Ad

Harimau Malaya juga dalam misi untuk memburu tambahan mata berdasarkan kiraan mata FIFA untuk mencerahkan peluang bagi menembusi kelompok 120 pasukan terbaik di dunia.

Malaysia kini menghuni tangga ke-138 dunia dan berpeluang melonjak 5 tangga ke kedudukan 133 dunia dengan tambahan +15.31 mata menjadi 1109 mata sekiranya menewaskan lawan di Bishkek.

Dua tugasan besar menanti kem negara dan juga Pan-gon apabila bakal menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun 2024.