Rekod Hebat Kim Pan-gon Sepanjang 865 Hari Jadi Jurulatih Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengharungi 865 hari bersama skuad kebangsaan dengan cukup cemerlang.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah melalui detik yang cukup penting bersama skuad negara dan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan.

Ad
Advertisement

Beliau berjaya membantu untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA Malaysia dan kini berjaya menembusi kelompok 130 terbaik dunia.

Ad

Pan-gon juga berjaya membantu Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas 43 tahun tidak melakukannya.

Advertisement

Harimau Malaya juga dalam momentum terbaik apabila berpeluang untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kim Pan-gon bagaimanapun memegang rekod cemerlang sejak mengambil alih skuad kebangsaan selepas 33 perlawanan.

Ad
Advertisement

Menurut catatan Astro Arena, Malaysia telah merekodkan 19 kemenangan, 4 keputusan seri dan 10 kekalahan dalam tempoh dua tahun.

Ad

Kualiti jentera serangan negara juga meningkat apabila berupaya menjaringkan 75 gol dan hanya bolos 45 jaringan sahaja.

Advertisement

Kemenangan terbesar pasukan kebangsaan adalah ketika menentang Solomon Islands di Terengganu dengan keputusan 10-0 manakala kekalahan terbesar di tangan Jordan ketika beraksi di Piala Asia 2023.

Pan-gon juga telah memanggil 57 orang pemain berbeza untuk membawa cabaran negara sejak mengendalikan Harimau Malaya.

Advertisement

Dua tugasan besar menanti kem negara dan juga Pan-gon apabila bakal menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun 2024.