3 perkara penyokong perlu ambil cakna mengenai pertembungan Malaysia dan juga Chinese Taipei.
Skuad kendalian Kim Pan-gon memiliki tugas besar untuk mencari sekurang-kurangnya 7 jaringan yang membolehkan mereka layak ke pusingan berikutnya.
Aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini menyaksikan Harimau Malaya turun di laman sendiri dengan motivasi terbaik untuk menewaskan anak didik Gary White.
Beberapa perkara perlu menjadi perhatian penyokong menjelang aksi ini antaranya;
Kemenangan ke atas Chinese Taipei bakal membolehkan Malaysia memungut tambahan +10.23 mata dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata.
Hal ini membolehkan skuad kebangsaan melonjak dua tangga ke kedudukan 133 dunia berbanding 135 dunia ketika ini dan meninggalkan pesaing terdekat, Indonesia di tangga ke-136 dunia dengan 1097 mata berdasarkan kemas kini ranking FIFA.
Bukan itu sahaja, skuad negara memegang rekod cemerlang di laman sendiri apabila hanya tewas satu kali dalam 5 perlawanan.
Kemenangan juga bakal membolehkan pasukan kebangsaan menyertai kelompok 18 pasukan terbaik dunia bersama pasukan gergasi Asia lain.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga mencari kemenangan ke-20 sejak membimbing Harimau Malaya dua tahun lalu.
Pertemuan Malaysia dan Chinese Taipei dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2024 jam 9 malam di SNBJ.