3 Tanda Bawa Kemungkinan Benjamin Mora Ke Indonesia
Asia Tenggara
JST & Persib Bandung
Advertisements

Penyokong dan peminat pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung kini masih berteka-teki dengan kehadiran jurulatih baharu pasukan.

Selepas pengendali terdahulu, Luis Milla secara rasmi meninggalkan kelab Persib Bandung, bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini dikaitkan sebagai sosok yang berpotensi mengendalikan pasukan.

Benjamin Mora yang kini mengemudi pasukan Atlas FC sedang mengharungi kempen Leagues Cup 2023 sebelum bermulanya saingan Liga MX Mexico. Beberapa laman dan portal media bebas di Indonesia kemukakan beberapa sebab yang memungkinkan Benjamin Mora ke Indonesia.

Advertisements

Pertama adalah disebabkan kehadiran Levy Madinda, yang dipinjamkan dari JDT ke pasukan Persib Bandung. Selepas Madinda secara sah diumumkan sebagai pemain baru Persib, ramai yang menganggap kehadiran Madinda bakal membuka mata Mora untuk ke Indonesia.

Benjamin Mora turut mengikuti rapat perkembangan pasukan Persib Bandung di laman Instagram. Akaun rasmi Benjamin Mora dilihat follow dan beliau juga turut like beberapa hantaran di laman Instagram Persib Bandung.

Salah seorang penolong jurulatih Persib Bandung merangkap jurulatih penjaga gol iaitu Luizinho Passos di Instagram telah dikesan mengikuti akaun Benjamin Mora. Luizinho juga menyukai beberapa hantaran yang dimuat naik jurulatih berusia 44 tahun itu di Instagram.

Advertisements

Jika ditinjau menerusi laman Transfermarkt, kontrak Benjamin Mora di Atlas FC adalah selama setahun setengah, dijangka hingga Mei 2024. Beberapa pemerhati bola sepak Indonesia juga meramal bahawa sukar untuk Mora ke Indonesia disebabkan kontrak yang beliau tandatangani besar Atlas masih berjalan.

Selain Benjamin Mora, jurulatih dari Korea Selatan, Kim Do-Hoon juga dikatakan berpotensi sebagai calon ketua jurulatih Persib Bandung yang baru.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram