Magis Benjamin Mora Bawa Atlas Tumpaskan Gergasi MLS
Dunia
Atlas FC
Advertisements

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Benjamin Mora terus mencipta magis bersama Atlas FC dengan mencipta kemenangan ke atas kelab Major League Soccer (MLS), New York City dalam aksi Leagues Cup 2023.

Biarpun berdepan lawan yang dianggap pasukan pilihan, anak-anak buah Mora tidak gentar dengan cabaran The Pigeons lebih-lebih lagi selepas membuat persiapan rapi untuk perlawanan tersebut.

Malah, Los Rojinegros terlebih dahulu membuka jaringan menerusi kapten, Aldo Rocha sekitar minit ketujuh perlawanan.

Advertisements

Tersentak, City yang dibimbing Nick Cushing cuba bangkit memburu gol penyamaan. Tetapi Atlas kekal mempertahankan kelebihan mereka itu sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut membolehkan La Furia menduduki tangga pertama Kumpulan Timur 3 Leagues Cup dengan tiga mata.

Advertisements

Anak-anak buah Mora boleh mara ke pusingan 32 pasukan terbaik dengan syarat menundukkan satu lagi pasukan MLS, Toronto FC pada 31 Julai ini.

Pencapaian bagus dalam Leagues Cup pastinya akan memberi suntikan moral besar kepada Los Rojinegros bila mereka kembali beraksi dalam Liga MX nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram