3 tonggak penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam dua pertandingan dalam tempoh singkat.
Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar apabila berjaya menundukkan Malaysian University dengan keputusan 5-0.
Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan berbeza menentang wakil Liga A1 tersebur dengan 11 pemain tempatan di atas padang.
Pengendali kelahiran Argentina itu memberi ruang kepada tiga pemain penting JDT iaitu Junior Eldtstal, Mo Sumareh dan juga Ramadhan Saifullah untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.
Sumareh dan Ramadhan beraksi pada babak pertama sebelum dikeluarkan manakala Junior kebal mengemudi benteng pertahanan JDT.
Selang 48 jam berikutnya, tiga pemain ini terus mendapat kepercayaan pasukan apabila beraksi bersama JDT II dalam aksi Piala MFL 2024 menentang Terengganu.
Sumareh, Junior dan Ramadhan turun dalam kesebelasan utama berdepan Terengganu ll namun terlepas peluang meraih 3 mata di laman lawan.
Ujian berikutnya buat JDT ialah aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Malaysian University pada 5 Julai 2024 di laman sendiri.