Ads
Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio
Liga Super
Johor Southern Tigers

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Advertisements

JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol.

Advertisements
Advertisements

Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila Ahmad Syihan Hazmi tertewas ketika berdepan sepakan penalti kapten KL City, Paulo Josue.

Pengendali kelahiran Argentina itu masuk ke dalam bilik persalinan dan meminta para pemainnya untuk meningkatkan asakan ke arah Azri Ghani.

Advertisements

Permintaan itu akhirnya ditunaikan oleh para pemain apabila JDT menambah tiga lagi jaringan pada babak kedua.

“Kami perlu menjaringkan gol untuk menamatkan lawan. Jika kamu ada penguasaan bola 90 peratus pun, kamu perlu menjaringkan gol.

“Saya tak pasti sama ada kalian percaya tetapi saya berkata kepada pemain bahawa kita perlu menjaringkan tiga gol. Pemain mendengar permintaan saya dan menjaringkan tiga gol,” jelas Hector ketika ditemui selepas perlawanan.

JDT juga telah melakukan beberapa pertukaran dan Bidoglio berpuas hati dengan kualiti setiap pemain dalam pasukannya.

JDT akan menentang Sri Pahang bagi aksi berikutnya di Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Jun 2024 jam 5:30 petang.

Advertisements

KL City pula akan melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam misi memburu kemenangan pertama musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram