Hector Bidoglio: Saya Baru 50% Puas Hati Dengan Aksi JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukannya selepas merakamkan kemenangan ketiga musim ini.

Pengendali kelahiran Argentina itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas menundukkan The City Boys dengan keputusan 5-1.

Sungguhpun bolos satu gol pada babak pertama, beliau yakin dengan kualiti setiap pemain yang diturunkan dalam setiap perlawanan.

Advertisements

JDT berjaya mengekalkan rekod tiga perlawanan pembukaan dengan cemerlang apabila menundukkan Selangor, Negeri Sembilan dan juga KL City.

“Pemain mempamerkan aksi baik tetapi pada babak pertama banyak peluang namun hanya dua jaringan. Aksi babak kedua berlangsung lebih baik dengan detik-detik menjaringkan gol.

Advertisements

“Pada pandangan saya, saya tidak pernah berpuas hati, sentiasa mahu menambah baik kualiti. Kita mahu jadi lebih baik setiap perlawanan. JDT sentiasa bertambah baik setiap hari.

“Saya mahu lebih dari ini. Saya baru berpuas hati 50 peratus. Di JDT kita sentiasa mahu bertambah baik,” jelasnya ketika ditemui selepas perlawanan.

Advertisements

Bidoglio juga teruja dengan barisan pemain yang dimiliki dan boleh melakukan pertukaran dengan baik sambil tenaga yang dipamerkan oleh setiap pemain amat positif.

Cabaran berikutnya bagi JDT adalah berdepan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Jun 2024 jam 5:30 petang.

Advertisements

KL City pula akan melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam misi memburu kemenangan pertama musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram