Ads
Liga Super: JDT Berpesta Gol Atasi KL City
Liga Super
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi ketiga saingan Liga Super 2024/2025 menentang KL City. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan pelawat.

Advertisements

Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac memberi kepercayaan kepada Azri Ghani untuk kekal menjaga terakhir pasukan sementara pasukan pelawat menurunkan penjaga gol nombor satu negara, Ahmad Syihan Hazmi.

Advertisements

Seawal minit keenam permainan, KL City terpaksa mengeluarkan pemain tengah, Ryan Lambert ekoran kecederaan. Posisi tersebut digantikan Sean Giannelli untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Advertisements
Advertisements

Pada minit ke-42 permainan, JDT memecah kebuntuan perlawanan menerusi pemain import, Fernando Forestieri. Tandukan Forestieri disahkan sebagai jaringan selepas disemak video bantuan pengadil (VAR).

Selang tiga minit selepas jaringan pertama terhasil, JDT dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil perlawanan. Juan Muniz mencatat nama sebagai penjaring untuk gol kedua JDT menewaskan penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Advertisements

Sebelum babak pertama perlawanan tamat, giliran KL City menjaringkan gol pertama. Pengadil perlawanan sekali lagi menjadi tumpuan selepas Nazmi Nasarudin menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah. Paulo Josue tenang menyempurnakan sepakan tersebut menewaskan Syihan Hazmi.

Separuh masa kedua bermula dengan serangan terus menerus dilancarkan pasukan Harimau Selatan untuk menambah jaringan.

Bergson da Silva mendapat peluang keemasan untuk mencatat nama sebagai penjaring sebaik sahaja permainan bermula namun ketangkasan Azri Ghani menidakkan percubaan penjaring terbanyak JDT itu.

Pada minit ke-61 permainan, Fernando Forestieri menambah duka pasukan tuan rumah apabila beliau sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring sekaligus menghadiahkan gol ketiga pasukan pelawat.

Import JDT, Juan Muniz juga tidak melepaskan peluang untuk menambah koleksi jaringan peribadi di Stadium Cheras. Pemain berusia 32 tahun itu melepaskan satu percubaan cantik sekaligus menggegar jaring KL City.

Pemain gantian JDT, Syahmi Safari menutup aksi di Stadium Cheras dengan jaringan kemenangan Harimau Selatan. Syahmi melengkapkan malam gemilang JDT dengan keputusan penuh, JDT menewaskan KL City dengan keputusan 5-1.

JDT kini menghuni tangga teratas saingan Liga Super apabila mencatat enam mata selepas tiga perlawanan sementara KL City di tangga ke-11 liga selepas mencatat 1 kekalahan dan 1 keputusan seri.

Advertisements

Selepas ini, kempen Liga Super akan memberi laluan kepada saingan Piala FA, JDT bakal berdepan Kelantan Darul Naim manakala KL City akan menentang Kuching City pada 13 Mei kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram