3 Tonggak Penting Temui Cinta Baru Selepas Tinggalkan Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Tiga bekas tonggak penting Kedah Darul Aman menemui cinta baharu selepas meninggalkan pasukan akhir musim lalu.

Pasukan bimbingan Nafuzi Zain mengharungi kempen cemerlang apabila menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim 2023.

Permulaan musim baru bagaimanapun tidak berjalan lancar apabila hanya merakamkan satu kemenangan dan dua kekalahan di tangan Selangor dan Perak.

Kehilangan beberapa tonggak penting pasukan jelas memberi kesan selain proses menyesuaikan diri oleh pemain baru masih berjalan.

Beberapa tonggak penting Sang Kenari telah membawa haluan lain bagi musim ini dan mendapat tempat dalam skuad masing-masing.

Pertahanan kental Kedah, Bojan Ciger untuk berkelana di Uzbekistan bersama Neftchi dan sudah pun beraksi sebanyak 5 perlawanan di sana.

Pemain kelahiran Serbia itu menjadi antara tonggak penting Sang Kenari namun tidak kekal berkhidmat buat Hijau Kuning.

Perancang tengah berbakat, Amirbek Juraboev turut meninggalkan pasukan untuk kembali beraksi di Tajikistan.

Pemain berusia 28 tahun itu membentuk gandingan mantap bersama Moses Atede musim lalu kini beraksi bersama Istiqlol di negara kelahirannya.

Watak terakhir yang turut membawa haluan baharu ialah kapten pasukan, Manuel Ott.

Perancang tengah kelahiran Filipina itu kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Terengganu dan kini beraksi cemerlang di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Antara watak lain yang turut meninggalkan Kedah ialah penyerang berbisa, Ifedayo dan juga Manuel Hidalgo.

Kedah bagaimanapun berjaya menemui pengganti setara seperti Habib Haroon, Sukhrob Nurullaev, Cleyton dan juga Milos Gordic.