30 Pemain Malaysia B-23 Mula Lapor Diri
MakanBola
Malaysia NT

30 pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) mula melapor diri sebagai persiapan menghadapi Piala Mandiri ASEAN B-23.

Ini selepas Malaysia NT memuat naik siri foto yang menunjukkan pemain-pemain Malaysia B-23 tiba untuk latihan pusat.

“Semua sudah bersedia untuk kem (latihan pusat). Pemain-pemain telah tiba untuk melapor diri,” kata Malaysia NT dalam satu kenyataan.

Antara yang kelihatan melapor diri ialah kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Aysar Hadi dan pemain tengah muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil.

Turut kelihatan ialah Haykal Danish Mohd Haizon, Abdul Rahman Daud, G. Pavithran dan Haqimi Azim Rosli.

Skuad negara bakal mengadakan tiga aksi persahabatan dengan kelab Liga Super sebagai persediaan menghadapi Piala Mandiri ASEAN B-23.

Malaysia akan membuka kempen kejohanan dalam Kumpulan A dengan menentang Filipina pada 15 Julai. Ini disusuli aksi menentang Brunei pada 18 Julai dan Indonesia (21 Julai).