4 Bekas Penyerang Berbisa Liga Super Kini Tiada Kelab
MakanBola
Club Always Ready
Sponsors

Empat bekas penyerang berbisa Liga Super Malaysia kini difahamkan telah meninggalkan kelab masing-masing dan bergelar ejen bebas.

Ada di antaranya baru sahaja meninggalkan kelab pada awal bulan Julai 2024 selepas kontrak sedia ada tamat.

Ad
Sponsors

1. Ayron Del Valle

Ad

Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2023 ini telah mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Selangor FC pada penghujung musim lalu selepas menjadi penjaring terbanyak Liga Super.

Menerusi tinjauan di laman Transfermarkt, Ayron baru sahaja meninggalkan kelab dari Bolivia, Always Ready yang baru sahaja disertainya pada Januari 2024.

Ad

2. Willian Lira

Ad

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ini menyertai kelab Thailand Chonburi FC pada awal bulan ini selepas mempamerkan aksi memberangsangkan di Liga Thai 1.

Ad

Bagi musim 2023/2024, Lira telah meledak 15 jaringan dalam 35 penampilan dalam kesemua pertandingan di Liga Thailand termasuk Piala FA Thai dan Piala Liga Thai.

3. Herlison Caion

Caion adalah bekas penyerang Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC yang menyertai Chonburi FC pada 15 Januari 2024 selepas berhijrah dari kelab Vietnam, Hanoi FC.

Namun segalanya seperti tidak menjadi buat Caion di Liga Thailand apabila hanya meledak 1 jaringan dalam 10 penampilannya bersama Chonburi.

Kontrak beliau tidak disambung pihak pengurusan dan meninggalkan kelab pada awal bulan Julai ini.

4. Abu Kamara

Penyerang antarabangsa Liberia ini sangat sinonim dengan bola sepak Malaysia apabila sudah beraksi di negara ini selama hampir dua tahun bersama Kuching City FC.

Namun begitu, Abu Kamara meninggalkan Kuching City pada awal tahun ini dan berhijrah ke kelab Dibba Al-Hisn di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jodohnya Abu Kamara hanya kekal selama 5 bulan sahaja sebelum kontraknya tamat pada awal bulan ini dan kini bergelar ejen bebas.