Ayron Del Valle Rangkul Kasut Emas Liga Super
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle sah merangkul anugerah Kasut Emas Liga Super musim 2023.

Ini selepas dua pencabar terdekat beliau, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri gagal memintas rekod 23 gol yang dipegangnya semasa perlawanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)-Penang FC semalam.

Kedua-dua peledak berbisa Harimau Selatan itu masing-masing memiliki 19 gol, empat gol di belakang Del Valle.

Advertisements

Jika kedua-duanya mahu merangkul anugerah Kasut Emas, mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol untuk memintas penyerang Colombia itu.

Matlamat tersebut gagal dicapai oleh Bergson dan Forestieri. Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 8-0 kepada JDT, bekas penyerang Fortaleza itu menjaringkan dua gol bagi menjadikan jumlah gol beliau kepada 21 gol.

Advertisements

Sementara Forestieri pula yang masuk sebagai pemain gantian gagal menambah koleksi 19 golnya.

Itu sudah cukup memastikan kedudukan Del Valle sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini tidak lagi boleh dicabar.

Advertisements

Ini menjadikan Del Valle sebagai pemain Selangor keempat meraih anugerah tersebut dalam Liga Super selepas Ifedayo Olusegun, Rufino Segovia dan Paulo Rangel.

Bekas penyerang Millionarios itu berpeluang menambah koleksi golnya hari ini apabila Selangor menentang PDRM FC dalam aksi terakhir liga hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram