Liga Super: JDT Cipta Rekod 100 Gol, ‘Bantai’ Penang
Liga Super
JST
Advertisements

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta rekod baru jaringan liga dengan 100 gol selepas membelasah Penang FC 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini.

Selepas menjaringkan 92 gol, Harimau Selatan hanya memerlukan lapan gol untuk mencipta rekod 100 gol semusim dalam Liga Super.

Begitupun, Penang berazam mahu menggugat keinginan jentera serangan JDT menerusi komen jurulatih interim, Akmal Rizal Ahmad Rakhli semalam.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan tuan rumah meraih gol awal menerusi pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi pada minit kelima.

Gawang Harimau Kumbang yang dikawal Shafiq Afifi Suhaimi bocor lagi menerusi rembatan kencang Bergson da Silva pada minit ke-17,

Advertisements

Tuan rumah kemudiannya mendapat sepakan penalti apabila Heberty dikasari pertahanan Penang dalam kotak penalti. Bergson tenang menewaskan Shafiq Afifi untuk gol ke-21 dalam liga musim ini.

Akhyar Rashid dan Heberty Fernandes memastikan JDT mendahului 5-0 semasa rehat menerusi gol pada minit ke-41 dan 43.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Arif mencipta hatrik dengan menyumbat dua gol pada minit ke-47 dan 52.

Ini menyaksikan beliau berkongsi kedudukan penjaring gol terbanyak pemain tempatan dengan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerusi 11 gol.

Advertisements

Dengan kedudukan JDT sudah selesa di hadapan, jurulatih tuan rumah, Tano Solari memasukkan Fernando Forestieri, Ahmad Hazwan Bakri dan Natxo Insa sebagai pemain gantian.

Forestieri berpeluang menjaringkan gol ke-100 JDT pada minit ke-68 tetapi sepakan lencongnya berjaya ditepis Shafiq Afifi.

Tuan rumah akhirnya berjaya menambah gol ke-100 menerusi penalti minit akhir Arif. Itu cukup untuk melengkapkan kempen gemilang JDT musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram